Pages

Andainya mereka tahu…

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.



Perempuan dikatakan senang jatuh cinta tapi lelaki tidak tahu:
Saya cintakan kamu bukanlah kerana kamu punya segalanya tetapi kamu adalah segalanya di hati saya.
Perempuan suka dikaitkan dengan airmata:
Saya mengalirkan air mata bukan bermakna saya lemah, tetapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai kamu.
Perempuan dikatakan cepat sangat nak marah:
Jika saya sedang marah,saya memang tidak mampu mengawal perasaan saya, itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi kamu.
Perempuan = 10 mulut lelaki
Jika saya bercakap banyak, tidak pernah bermaksud untuk saya membuat kamu rimas, tapi mahu mengenali kamu dengan lebih rapat.
Perempuan dituduh mengada-ngada bila mereka cemburu:
Saya cemburu tidak bermaksud saya mahu mengada-ngada atau meng`gedik’ tetapi hakikatnya saya terlalu sayangkan kamu.
Perempuan, kaum yang senang tarik muka:
Apabila saya merajuk, saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.
Perempuan tak reti bercinta:
Saya jarang mengatakan ‘i love u’,tapi bukan bermaksud saya tidak menyintai kamu tetapi saya mahu kamu itu merasai sendiri cinta saya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui hati dan bahasa tubuh saya.
Apabila saya kata saya rindu sama kamu, saya benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. 
Andainya mereka tahu…