Pages

DIA PENCINTA SETIA

pertama kali
kita bertatap mata
dari awal lagi
kita bukan saudara sejiwa
pandangan mata memang menyakitkan jiwa
apalagi tika berbicara

tatkala itu
senyuman dibibir terukir
demi menjernihkan hubungan yang pahit
kau mula melembutkan jiwa
bukan kerana dirimu terpaksa
tetapi hatimu telah terbuka untuk cinta

cinta manusia sukar dimengerti
sekejap ia datang sekejap ia pergi
kau sentiasa disitu setia menanti
walau tanpa balasan diberi

wahai pencinta setia
susun atur wajahmu begitu indah
mata yang memandang sentiasa membara
namun hatimu begitu tulus
tulus mencari hati yang baik
untuk menuju ke syurga yang abadi

langkahmu sentiasa tersusun rapi
setiap saat pasti ada yang mengekori
namun hatimu punya cinta yang hakiki
yang menyakinkan aku setiap hari

malam suram dipenuhi senyuman
siang hari dihiasi gelak tawamu
walaupun sesaat kau tak pernah jemu 
namun hatiku tetap bukan milikmu
maafkan aku duhai pencinta setia

wahai pencita yang setia
sekian lama 
kau puas menantikan aku
kau mula berani melafazkan kata kata itu
aku terkelu dan terus membisu

sayang seribu kali sayang 
masa berlalu beitu pantas
aku hanyut dengan kehidupan aku sendiri
hingga terlupa pengorbananmu

bergantung tidak bertali
sangat menyakitkan
dikala itu aku berfikir
aku harus melafazkannya

maafkan aku kerana tika ini 
aku tidak mampu berkongsi kasih sayang antara kita
kau pergilah
seandainya dalam penantianmu 
kau berjumpa seseorang yang mahu berkongsi kasihmu 
aku redha

aku bersyukur
dengan pemergianku dari hidupmu
kau mencari cinta sebenar
dan cinta yang cukup cukup sempurna
iaitu cinta-Nya

terima kasih sayang
terima kasih pencinta setia